Makanan bagi Kaum Melayu
Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu
kegemaran bagi orang Malaysia. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak
dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan
dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Nasi lemak
biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal.
Pada masa kini, nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi
tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Pada
masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia
dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak
merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga
kota yang sentiasa kesibukkan.
Lemang
merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang
tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di
Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.
Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. Lemang
sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga
menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan
"Kota Lemang". Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang
dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar
sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli
memasak di Malaysia
Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan
yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan
daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang
kayu. Kebanyakan orang selalu makan sate ayam, lembu, kambing dan ikan. Bagi
Kaum Cina, mereka menjual sate khinzir. Rakyat Malaysia tidak makan daging
semata-mata, biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah
dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate
disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan
pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang
dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.
Makanan bagi Kaum Cina
Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya
dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut
bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di
Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis
ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan
berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana. Daging ayam disediakan
melalui kaedah tradisional Hainan iaitu merebus seluruh seekor ayam dalam pati
tulang ayam atau khinzir. Nasi yang berminyak dan berperisa yang kadang-kadang
digelar "nasi minyak". Sajian ini sering dihidangkan beserta
sebilangan cecahan, termasuk sos cili dan serbuk halia. Kicap pekat lebih
diutamakan di Malaysia/Singapura. Versi Malaysian/Singapura bagi cili pula
lebih pedas, mencerminkan pengaruh Asia Tenggara, dan boleh juga melibatkan
campuran cili dengan bawang putih. Kebanyakan hidangan nasi ayam ini disajikan
dengan hirisan timun.
Bak Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta
daging khinzir yang dimasak dalam herba tradisi Cina. Herba dan ginseng
dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga menambah khasiat. Pelbagai
jenis cendawan sering kali ditambah kepada hidangan dan biasanya dihidangkan
dalam mangkuk tembikar Cina. Bak Kut Teh seringkali dijadikan hidangan sarapan,
atau makan tengahari bagi rakyat Malaysia. Bak Kut Teh biasanya menggunakan
daging khinzir sebagai bahan asasnya, namun ada yang menggunakan daging Lembu
dan Ayam supaya kaum yang lain dapat menikmati hidangan Bak Kut Teh.
Char Kway Teow
merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Hidangan Char Kway
Teow merupakan makanan yand digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili,
udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Pada asalnya ia dimasak menggunakan
lemak khinzir, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak
menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow
agak basah. Pelbagai versi Char Kway Teow telah dicipta. Perkara ini biasa
ditemui di Pulau Pinang, Malaysia. Terdapat juga Char Kway Teow yang
dicampurkan dengan telur itik (untuk memperkayakan rasanya) dan daging ketam
(untuk menambahkan manisnya).
Makanan bagi Kaum India
Thosai ialah sejenis makanan yang berasal dari India.
Lebih dikenali sebagai Dosa di luar dari Malaysia. Di Malaysia, thosai juga
ditulis sebagai Tosai. Thosai merupakan hidangan tradisi kaum India dan
di sesetengah negeri di India, thosai merupakan makanan ruji penduduk tempatan.
Lazimnya, thosai dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah
(sebagai perasa sampingan). Kebanyakannya Thosai diamakan dengan chutney iaitu
sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta
perencah rempah dan cili. Thosai adalah sejenis serabai yang mempunyai rasa
masam dan ranggup. Ianya diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam (urad
dhal). Thosai juga boleh disediakan dengan ramuan dan pelbagai jenis rempah-ratus
yang berbeza mengikut citarasa masing-masing. Hidangan thosai ini mempunyai
keunikannya tersendiri dari segi penyediaannya serta rasa dan teksturnya
sendiri. Oleh kerana teksturnya yang agak ranggup dan ringan serta ianya senang
dikunyah dan dihadam; maka hidangan tersebut menjadi kegemaran ramai tanpa
mengira golongan umur.
Nasi Briyani (biryani atau beriani) merupakan hidangan nasi
campur dari Benua Kecil India. Ia dibuat dengan rempah-ratus, beras (cth:
basmati) dan daging atau sayur-sayuran. Dari Iran
(Parsi), hidangan ini telah dibawa ke Asia Tenggara oleh pedagang dan
pengembara Iran
yang berkongsi 'resipi rahsia' dengan penduduk tempatan. Bahan utama 'nasi
briyani' termasuklah rempah-ratus dan bahan perasa seperti minyak sapi, buah
pala, kulit pala, jintan putih, lada hitam, bunga cengkih, buah pelaga, daun
salam, ketumbar, daun pudina, halia, bawang merah dan bawang putih. Di
Malaysia, hidangan ini juga dipanggil sebagai nasi minyak. nasi ini dihidangkan
bersama Rendang dan diiringi dengan Sirap Bandung
sebagai penghilang dahaga bagi rakyat Malaysia . Restoran khusus dan gerai
makanan orang India Muslim turut menghidangkan hidangan ini dengan cara mereka
yang tersendiri.
Murtabak atau juga
dikenali sebagai martabak ialah sejenis makanan yang ada dijual di Malaysia,
terutamanya di Johor. Murtabak mempunyai beberapa jenis iaitu murtabak ayam,
daging lembu dan kambing. Murtabak kebanyakannya dijual di Gerai Mamak. Inti
murtabak merangkumi daging yang dicencang dengan halus, bawang, telur dan
dimakan dengan kari atau kuah mengikut citarasa masing-masing. Di Kelantan terdapat hidangan murtabak
istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali sebagai Murtabak
Raja. Makanan ini terkenal di seluruh Malaysia. Martabak Raja merupakan
martabak yang dihidangkan kepada keluarga diRaja Kelantan ketika 1950-an,
tetapi kini martabak dijual kepada umum. Martabak ini terdiri daripada tiga
lapisan segi empat sama dengan inti daging atau ayam. Makanan ini walaupun
menggunakan masa yang lama untuk dimasak tetapi ramai rakyat Malaysia gemar
makan hidangan yang sedap ini.
Makanan bagi Kaum Kadasan-Dusun
Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam
Bahasa Malaysia .
Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling
popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom
Bambangan (buah).
Noonsom
Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan
dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan
garam. Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas
botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum
dihidangkan.
Noonsom
Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan
yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan
ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum
dimakan.
Noonsom
Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk
dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan
telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit
sebelum dihidangkan.
Makanan bagi Kaum Iban
Sayur
midin atau kemiding merupakan salah satu daripada
makanan kampung yang boleh didapati di tepi semak. Kemiding selalunya akan di
masak dengan sambal belacan. Namun makanan ini bukan saja boleh didapati di
kampung bahkan di bandar . Sayur ini sama dengan sayur pucuk paku, hidangan ini
sangat popular di kalangan kaum Iban. Banyak kedai makanan di Sarawak yang menyediakan menu makanan sayur midin ini
mewujudkan pelbagai cara untuk memasak hidangan ini.
Kasam
Ikan atau Pekasam sangat dikenali bagi suku kaum
masyarakat iban. Tidak sah kalau suku iban menghidang makanan tanpa pekasam di
sisi. Selalunya, ikan akan diperam selama sebulan sebelum di makan, makin
lama peraman makin sedap rasa isinya. Selain itu, pelbagai jenis ikan boleh
digunakan untuk di jadikan pekasam seperti ikan semah, baong, lampam jawa, tengadak,
sepat dan apa apa saja jenis ikan sungai. selain daripada itu juga, ramai
masyarakat tidak dapat menerima makanan ini kerana baunya, tetapi sesetengah
lagi dapat meneriamanya dengan baik.